Dasar Privasi
Kemas kini terakhir: 16 November 2026
Kuah Rojak Mak Aku (AFM GLOBAL MARKETING, No. Pendaftaran 202103135451 (003265938-W), Jerteh, Terengganu) menghormati privasi anda. Halaman ini menerangkan maklumat apa yang terlibat apabila anda melayari laman ini dan membuat tempahan, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
1. Maklumat yang kami kumpul
Laman ini tiada akaun pengguna, kuki pengesanan atau iklan. Apabila anda tekan "Place Order", kami menerima dan menyimpan maklumat tempahan anda: nama, nombor telefon, alamat penghantaran, poskod, negeri, produk yang dipesan, jumlah bayaran dan cara bayar. Untuk mengelak spam, kami juga menyimpan nilai cincang (hash) alamat IP anda, bukan alamat IP sebenar.
2. Tujuan dan tempoh simpanan
Maklumat ini digunakan untuk memproses tempahan, mengesahkan bayaran, menghantar barang dan menyimpan rekod jualan perniagaan sahaja. Maklumat disimpan dalam pangkalan data Cloudflare yang hanya boleh diakses oleh pemilik perniagaan selepas log masuk. Kami tidak menjual atau berkongsi maklumat anda dengan pihak lain, kecuali syarikat penghantaran yang perlu tahu nama, telefon dan alamat untuk menghantar barang anda. Rekod disimpan selagi diperlukan untuk urusan tempahan dan rekod perakaunan.
3. Troli dan WhatsApp
Produk dalam troli disimpan dalam browser anda sendiri (localStorage) supaya tidak hilang bila anda muat semula halaman. Selepas order dibuat, butiran order disimpan sementara dalam tab browser anda (sessionStorage) untuk memaparkan halaman Terima Kasih. Jika anda memilih untuk menghubungi kami melalui WhatsApp, mesej hanya dihantar jika anda sendiri menekan butang hantar. WhatsApp ialah perkhidmatan Meta dan tertakluk kepada dasar privasi WhatsApp sendiri.
4. Perkhidmatan pihak ketiga
Laman ini dihoskan oleh Cloudflare dan memuatkan fon daripada Google Fonts. Kami juga menggunakan Meta Pixel (Facebook) untuk mengukur keberkesanan iklan kami, contohnya berapa ramai pelawat dari iklan membuat tempahan. Meta Pixel boleh menetapkan kuki dan menghantar maklumat seperti halaman dilawati, produk yang ditambah ke troli dan jumlah tempahan kepada Meta. Untuk tempahan, kami mungkin menghantar nombor telefon dan nama dalam bentuk tersulit (hash) supaya Meta dapat memadankan tempahan dengan iklan; Meta tidak menerima alamat anda. Anda boleh mengawal iklan yang dipaparkan melalui tetapan iklan akaun Facebook anda. Jika anda memilih bayaran FPX, nama, nombor telefon, nombor order dan jumlah bayaran dihantar kepada gerbang pembayaran berlesen kami (Billplz Sdn Bhd) untuk memproses bayaran anda. Butiran log masuk bank anda dimasukkan terus di laman bank dan tidak diterima oleh kami. Untuk menghantar fon, Google menerima alamat IP dan maklumat browser anda. Hos laman web juga mungkin merekod log akses asas (seperti alamat IP dan masa lawatan) untuk tujuan keselamatan.
5. Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam maklumat tempahan anda yang kami simpan. Hubungi kami di WhatsApp 011-5767 8527.